Hi Superhero !+Follow | Dashboard
//Superhuman
Aku amat mencintaimu ♥

Wednesday 19 September 2012 @ 22:18 | 0 Comment [s]

Selama ni aku terfikir kenapa waktu kau bersama aku keegoan, merajuk, marah sentiasa mengusai diri kau. Aku taktahu berapa banyak kesalahan aku pada kau, tapi kau buat begitu seperti aku dah buat 1 kesalahan yang sangat berat sehingga kau tak dapat memaafkan ku. Tapi pernah kah kau terfikir kesalahan kau? Pernah kah kau merasakan apa yang telah aku rasai? Untuk pengetahuan kau, kau sering kali menyalahkanku dengan mengatakan aku kuat cemburu, kuat merajuk. Tetapi kau tak pernah tahu apa yang telah kau buat padaku. Tapi aku tak pandang tentang kesakitan yang engkau berikan. Sebab aku amat mencintai dirimu. Hanya engkau sahaja yang aku cintai. Kenapa engkau tak pandang cinta yang ku berikan? Kenapa kau mudah tinggalkan aku? Hatiku merintih merindui kau selalu. Walaupun raga aku ingin pergi jauh darimu, tetapi hatiku masih kuat untuk dirimu. Sudah 3x kau memutuskan kata putus terhadap ku. Tetapi aku tetap berusaha untuk dapat dirimu. Kenapa kau tidak nampak? Aku tak pernah sengsara dengan kau, apetah lagi jemu. Aku sungguh mencintai kau dan ianya kuat untuk dirimu sampai la aku bertemu dengan jodoh aku. Aku hanya mampu berdoa pada yang esa agar hati kau lembut dan sentiasa untuk aku. Itu sahaja yang aku mampu. Segala memori yang telah tercipta membuatkan aku merinduimu. Setiap masa aku ingin membuatkan dirimu tersenyum, tetapi aku tidak tahu mengapa aku selalu membuat senyumanmu menjadi marah. Tetapi itu salah aku ke? Langsung tak dapat ku rungkaikan. Kau je yang mampu merungkaikan. Walaupun seribu air mata, seribu ayat jiwang ku luahkan aku masih tidak tahu apa yang ada didalam hatimu. Aku sentiasa rasa bahagia disisimu, tetapi aku tidak tahu engkau bahagia tidak bersamaku. Wahai kekasih hati, dengar la apa yang tercipta dihatiku. Kau sahaja yang berada didalam hatiku. Aku tak mudah berpaling daripada kau. Selagi aku disisi kau, aku masih tercipta untukmu. Aku memohon perubahan mu itu jika kau mencintaiku. Assalamualaikum, bye.


Older Post | Newer Post
The SuperHuman !


Assalamualaikum, Welcome ! When you come into my blog, I would satisfy your desire with good words .. I'm sorry if you feel my verses are rough or worse .. Every human being have disadvantages. so does me. I hope you're comforted by story.

underlined, bold

My life is not perfect without you. I love you, baby.




Navigations!


DiaryAboutStuffSite

The Credits!

Template by : CuteMonstaa
Full Edited : Akid Darius ♥